Wednesday, December 26, 2012

Taekwondo Sekolah Perak 2012

Pada 21-23/9/2012, aku telah menyertai Kontigen Taekwondo MRSM Parit ke Ipoh untuk menyertai 1 pertanding Taekwondo. 3 hari! Itu first time aku wakil maktab~ Namun, aku tewas dengan pihak lawan yang merupakan seorang amatur......


Kalah pun, masih dapat pingat gangsa. Jadi la tu~ Mungkin tu je rezeki aku. Jangan buat tak kenal pula, aku satu-satunya yang bertudung dalam gambar tu.... Aku tewas pada perempuan yang dapat silver medal tu (seronok sebab dia kalah......HAHAHAHAHA)


Inilah dia master kami a.k.a referee. Mesti korang kata handsome kan? Ramai budak perempuan kat aspuri asyik cakap pasal master ini. Muda je lagi~ Tapi dah kawin.....(haha, mesti korang terkilan kan) Anak 2 dah pun...... Apa yang menarik pasal master ni, BADAN DIA.................bukan seksi (jangan la gatal sangat), fleksible sungguh. Gila aku nak ikut dia time warming up.



Kontigen MRSM Parit + MRSM Pasir Salak = MRSM Parit Salak bergambar bersama couch a.k.a referee. Syok master, diapit ramai gadis-gadis cute (termasuklah aku.....)




 Gambar ni pula bersama Guru Unit Beruniform Taekwon maktab masing-masing serta guru pengiring~ 2 yang berbaju biru tu cikgu di maktab aku. Cikgu Siti Rafeah, Guru penasihat Taekwondo dan Ustaz Azman. Ustaz ni ramai peminat o~ sebab dia masih bujang, and maybe dia cute kot~ haha


Apa-apapun, aku ada bergambar dengan dia.....haha. Mesti 1 maktab jealous dengan aku.





Ni pula bersama-sama kontigen taekwondo MRSM Parit.



 MRSM Parit Salak bergambar di hadapan surau MRSM PS.


Ni gambar aku dengan budak MRSM PS, Hannani.

Nice memory! (^^,)

Sunday, September 25, 2011

Sejarah Taekwondo

Taekwondo (atau pun Tae Kwon Do) merupakan seni bela diri Korea yang paling masyhur. Ia berasal dari Korea, telah diperkenalkan di seluruh dunia oleh Jeneral Choi Hong Hi, seorang panglima tentera Korea Selatan. Ia merupakan sukan rasmi Korea dan turut dipertandingkan di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 (salah satu daripada dua seni bela diri Asia, satu lagi ialah Judo).
Dalam bahasa Korea, Tae bermakna "menumbuk"; Kwon bermakna "menendang"; dan Do bermakna "cara" atau "seni". Jadi, Taekwondo bolehlah diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk".
Taekwondo mempunyai beberapa warna talipinggang yang menunjukkan peringkat atau pangkat seseorang pengamal seni beladiri ini.
  • Judo white belt.svg Putih
  • Judo yellow belt.svg Kuning
  • Judo green belt.svg Hijau
  • Judo blue belt.svg Biru
  • Judo red belt.svgMerah atau Judo brown belt.PNGCoklat
  • Judo black belt.svg Hitam
Setiap talipinggang mempunyai 2 peringkat atau pangkat sebelum dinaikkan ke pangkat seterusnya. Talipinggang hitam mempunyai 9 peringkat bagi ITF dan 10 peringkat bagi WTF. Peringkat atau pangkat bagi talipinggang hitam dipanggil "Dan". Pemegang 10 Dan hanya ada 5 orang sahaja di dalam dunia dan mereka semuanya berketurunan Korea.
Apabila seseorang itu mencapai peringkat 4 Dan, mereka layak untuk membuka kelas atau akademi sendiri. Di Malaysia terdapat beberapa persatuan Taekwondo tempatan yang bernaung di bawah beberapa persatuan Taekwondo antarabangsa, antaranya:
Perbezaan ketara antara WTF dengan ITF dan GTF adalah matapelajarannya. WTF banyak mementingkan aspek kesukanan di mana ia telah diiktiraf oleh Majlis Olimpik dan telah menjadi salah satu acara di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 iaitu Sukan Olimpik di Sydney, Australia.
ITF dan GTF pula banyak mementingkan aspek kesenian. Tidak seperti WTF, kedua-dua persatuan ini ingin mengekalkan kesenian Taekwondo yang berusia beribu-ribu tahun dan tidak hanya untuk mengutip mata apabila sesuatu pertandingan diadakan.

Sumber